‘Grand Finale’ Tangkap Azam Baki Sendu

Puluhan ribu penonton hadir menyaksikan ceramah ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ yang diadakan di sebuah dewan di Kuala Lumpur pada 22 April 2026. Foto media sosial

KUALA LUMPUR, 23 Apr – Kehadiran rakyat pada ceramah ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ yang diadakan di sebuah dewan di sini malam tadi sudah dijangka jauh di luar jangkaan.

Berdasarkan pemerhatian menerusi beberapa sumber di media sosial, biarpun ceramah yang menampilkan bekas timbalan presiden KEADILAN (bukan PKR), Mohd Rafizi Ramli selaku penceramah utama, namun gagal menarik kehadiran yang diharapkan penganjur.

Puluhan ribu penonton hadir menyaksikan ceramah ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ yang diadakan di sebuah dewan di Kuala Lumpur pada 22 April 2026. Foto media sosial

Malah kelihatan kerusi kosong lebih banyak daripada hadirin yang berada dalam dewan sebuah persatuan Cina di ibu negara, itu pun mungkin setelah menyedari kehadiran jauh dari sasaran awal.

Ada juga pengamal media yang hadir dilihat ketawa serta turut duduk di kerusi yang disediakan untuk penonton setelah melihat kerusi berkenaan kosong walaupun ceramah sudah berlarutan hingga jam 12 malam.

Salah seorang ‘penceramah’ ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ merapu di hadapan penonton sendu yang disiarkan di portal penjilat

Walaupun tujuan himpunan berkenaan kononnya diadakan bagi ‘meningkatkan momentum’ himpunan ke jalan raya tidak lama lagi, dianggar tidak sampai 150 orang hadir dalam dewan yang boleh memuatkan lebih daripada 800 orang mengikut susunan kerusi sepatutnya, dengan tujuan ‘menyerang’ Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Portal penjilat tegar yang kuat mengkritik malah memfitnah kerajaan juga tidak ketinggalan menjadi ‘penyiar utama’ menerusi siaran langsung di penstriman media sosial.

Puluhan ribu penonton hadir menyaksikan ceramah ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ yang diadakan di sebuah dewan di Kuala Lumpur pada 22 April 2026. Foto media sosial

Paling memalukan, tiada pula laporan jumlah kehadiran disiarkan dalam portal penjilat berkenaan sebaliknya hanya ‘memetik’ ucapan tiada konteks jauh sekali bukti kononnya jika ada PM baharu, Azam akan ‘buru’ Anwar pula.

Selain Rafizi, turut kelihatan beberapa ahli parlimen yang menyokongnya dan seorang Adun yang tidak berfungsi di kawasan sendiri serta aktivis seperti Hishammudin Rais dan wakil PSM.

Puluhan ribu penonton hadir menyaksikan ceramah ‘Grand Finale’ Jelajah ‘Tangkap Azam Baki’ yang diadakan di sebuah dewan di Kuala Lumpur pada 22 April 2026. Foto media sosial

Bagaimanapun, gesaan mereka dilihat sia-sia apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa baginda akan menentukan calon Ketua Pesuruhjaya yang baharu sebelum kontrak Azam berakhir pada 11 Mei depan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *