Pemuliharaan Seri Negara Iltizam Kerajaan Perkukuh Jati Diri Bangsa – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, salah satu projek pemuliharaan utama Khazanah di bawah inisiatif Warisan KL pada 15 Disember 2025. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Penguasaan teknologi baharu sebagai pemacu kemajuan negara mesti dilaksanakan seiring dengan usaha memperkukuh jati diri bangsa, mengangkat sejarah serta memelihara warisan budaya tempatan bagi tatapan generasi akan datang, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Perdana Menteri, inisiatif pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Seri Negara, selain pelaksanaan Projek Warisan Kuala Lumpur (Warisan KL), mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk menghidupkan semula aset warisan negara sebagai pemangkin ekonomi, pemerkasaan komuniti dan pembinaan identiti kota.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, salah satu projek pemuliharaan utama Khazanah di bawah inisiatif Warisan KL pada 15 Disember 2025. Foto PMO

“Inisiatif ini bukan sekadar usaha fizikal memelihara tinggalan sejarah atau gebang kosong, sebaliknya sebahagian daripada visi besar membentuk sebuah bandar raya yang bersih, maju, mesra alam dan berjiwa,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar telah merasmikan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, sebuah monumen bersejarah yang menyaksikan pelbagai nukilan penting dalam perjalanan panjang pembentukan negara bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, salah satu projek pemuliharaan utama Khazanah di bawah inisiatif Warisan KL pada 15 Disember 2025. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan terut menegaskan, kerajaan akan terus memastikan pembangunan bandar tidak melahirkan kota yang ‘gersang budaya’, sebaliknya berkembang sebagai persekitaran yang lestari dan hijau, berpaksikan nilai kemanusiaan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.

Ujarnya lagi, pendekatan seimbang antara kemajuan dan pemeliharaan warisan adalah asas penting dalam membina identiti bandar raya yang berdaya saing tanpa mengorbankan nilai sejarah dan budaya tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara, salah satu projek pemuliharaan utama Khazanah di bawah inisiatif Warisan KL pada 15 Disember 2025. Foto PMO

Difahamkan projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan kos dianggar RM600 juta.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *