Pemimpin Tertinggi Iran Ketuai Solat Jenazah Ismail Haniyeh Di Tehran

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran pada 30 Julai 2024. Foto Reuters

TEHRAN, 1 Ogos – Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei akan mengetuai solat jenazah Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh pada hari Khamis.

Menurut stesen televisyen milik kerajaan Iran Press TV, pengebumian Haniyeh akan diadakan di ibu negara Iran, Tehran.

Haniyeh dibunuh di Tehran pada Rabu dalam serangan yang dicetuskan rejim zionis Israel.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap isu yang semakin meruncing di Gaza.

Pada Rabu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dalam serangan Israel terhadap pemimpin Palestin itu, semalam.

Anwar berkata, pembunuhan itu ternyata sangat tragis dan kejam yang jelas bertujuan menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman Zionis di Gaza yang sudah meragut lebih 40,000 nyawa.

Menurutnya, pembunuhan besar-besaran itu hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *