Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei Meninggal Dunia

Kematian Khamenei disahkan pada pukul 5 pagi waktu tempatan (9.30 pagi waktu Malaysia) ketika saluran itu menyiarkan imej arkib dengan sepanduk hitam sebagai tanda berkabung pada 1 Mac 2026.

TEHRAN, 1 Mac – Stesen televisyen pemerintah Iran hari ini mengesahkan kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kediaman allahyarham.

Seorang penyampai televisyen mengumumkan kematian Khamenei pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) ketika saluran itu menyiarkan imej arkib dengan sepanduk hitam sebagai tanda berkabung.

Stesen televisyen Iran mengesahkan kematian Khamenei pada 1 Mac 2026.

Dalam ucapan yang penuh tangisan, penyampai tersebut berkata, Iran akan memasuki tempoh 40 hari berkabung.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump berkata, Khamenei telah dibunuh oleh serangan AS-Israel di seluruh Iran.

Sumber perisikan dan sumber tentera memberitahu saluran berita CBS News bahawa kira-kira 40 pegawai Iran terbunuh dalam serangan itu, termasuk Khamenei.

Stesen televisyen Iran mengesahkan kematian Khamenei pada 1 Mac 2026.

Khamenei, 86, menjadi pemimpin tertinggi Iran sejak 1989. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *