Pemilikan Saham Bukan Jenayah, Ia Isu Pentadbiran

Azam telah memberitahu pegangan tersebut telah diisytiharkan melalui saluran rasmi kerajaan dan kini telah dilupuskan. Foto SPRM

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Isu terkait Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkenaan saham, Persatuan Bekas Pegawai SPRM (PBPSPRM) berpandangan, ia lebih kepada pengisytiharan aset dan had tertentu pemilikan saham berdasarkan Garis Panduan Perkhidmatan Awam.

Ini kerana pegawai awam yang memiliki saham bukan satu kesalahan jenayah kolar putih, sebaliknya ia hanya membabitkan isu pentadbiran seperti had pembelian dan sebagainya.

Tambah persatuan itu, pengisytiharan aset pegawai awam hanya dibuat kepada pegawai tertinggi dan bukannya terbuka untuk tatapan pihak umum.

“Dalam kes ini, Azam telah memberitahu pegangan tersebut telah diisytiharkan melalui saluran rasmi kerajaan dan kini telah dilupuskan.

Firma guaman, Tetuan Zain Megat & Murad yang mewakili beliau, turut menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta terhadap Bloomberg atas dakwaan menjejaskan reputasi serta kedudukan profesional Azam pada 12 Februari 2026.

“Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita menunggu dapatan hasil siasatan tersebut melalui panel siasatan yang telah dibentuk,” katanya melalui kenyataan hari ini.

PBPSPRM berkata sehingga kini, tiada bukti menunjukkan Azam terbabit dengan penyalahgunaan kuasa, campur tangan dalam siasatan atau memperoleh keuntungan melalui kedudukan rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Perbezaan antara pelanggaran prosedur dan jenayah kolar putih atau rasuah perlu difahami secara jelas agar kita tidak terperangkap dengan hukuman dan persepsi yang salah,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *