Pemergian Gorbachev Tinggalkan Legasi Perdamaian Sejagat – SUA PBB

(GERMANY OUT) 02.03.1931Politiker; RusslandPorträtNovember 1999 (Photo by Unkel/ullstein bild via Getty Images)

NEW YORK, 31 Ogos – Pemergian bekas Presiden Soviet Union, Mikhail Gorbachev, yang meninggal dunia pada usia 91 tahun pada Selasa, meninggalkan legasi perdamaian sejagat khususnya bagi kesatuan komunis itu sebelum pembentukan Persekutuan Rusia yang ada ketika ini.

Mendiang telah banyak berjasa terutamanya untuk menamatkan Perang Dingin secara aman, lapor Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

“Saya amat dukacita selepas mengetahui pemergian Mikhail Gorbachev, seorang negarawan disegani yang mengubah perjalanan sejarah. Beliau banyak berjasa berbanding individu lain untuk mengakhiri Perang Dingin secara aman.

“Bagi pihak PBB, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Mikhail Gorbachev, rakyat serta kerajaan Rusia,” kata Guterres.

Penerima hadiah Keamanan Nobel 1990 itu meninggal dunia pada petang Selasa selepas lama terantar sakit.

Guterres berkata keamanan bukanlah perpaduan dalam persamaan tetapi perpaduan dalam kepelbagaian dan Gorbachev mempraktikkan pandangan itu dengan menerusi rundingan, pembaharuan, ketelusan dan pelucutan senjata.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mikhail Gorbachev menerima cabaran baharu yang sama pentingnya untuk kesejahteraan umat manusia: mewujudkan masa depan yang mampan dengan memupuk hubungan harmoni antara manusia dan alam sekitar. Atas semangat itu beliau mengasaskan Green Cross International.

“Dunia kehilangan seorang pemimpin global yang ulung, komited dengan multilateral dan tanpa jemu menyokong keamanan,” kata Guterres.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *