Pembelajaran AI: PM Anwar Umum MDEC, JAKIM Sedia Kemudahan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

KUANTAN, 3 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Kemudahan itu, jelas Perdana Menteri, menyasarkan seramai 3,000 pelajar di institut pengajian dan institut pengajian Islam di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Penang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

“Oleh itu, semua pelajar akan terdedah dengan AI dengan pemikiran kritis dan inovasi digital,” katanya ketika berucap pada Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 di perkarangan UTC Kuantan, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri dalam sambutan penuh meriah sejak awal lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Lebih 7,000 hadir khususnya belia bagi memeriahkan himpunan berlangsung tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pendidikan bukan hanya untuk memperoleh sijil atau ijazah tetapi untuk menjadikan manusia yang boleh berfikir secara positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Pada himpunan itu, Anwar mengumumkan peruntukan naik taraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Bay Route, di sini berjumlah RM600,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Katanya, sejumlah RM500,000 pula bagi kemudahan dewan pembelajaran baharu Pusat pengajian Islam Ribat Al Mustafa, Sungai Karang di sini untuk pelajar tahfiz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di Perkarangan UTC, Kuantan pada 3 April 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *