Pembangunan Infrastruktur AI Dilaksana Tanpa Rosak Alam Sekitar, Kompas Moral – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri sesi intervensi Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 dengan tema “Membina Asia-Pasifik yang Bersedia Menghadap Masa Hadapan” di Gyeongju, Korea Selatan pada 1 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
GYEONGJU, 2 Nov – Pembangunan infrastruktur ekonomi berasaskan AI harus selari dengan komitmen terhadap tenaga boleh baharu, kelestarian dan tanggungjawab menjaga generasi akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, keseimbangan tersebut juga perlu ada dari segi kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI), mesti dicapai tanpa merosakkan alam sekitar atau mengalih kompas moral ihsan.
“Lebih setengah abad lalu, ahli falsafah Jerman, Martin Heidegger, mengingatkan kita bahawa intipati teknologi bukan terletak pada mesin yang kita bina.

“Tetapi pada bagaimana teknologi membentuk semula cara kita berfikir, berkelakuan dan memahami tujuan hidup. Peringatan ini relevan pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi intervensi ketika menyampaikan kenyataan Malaysia pada sesi kedua Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 di sini, pada 1 Oktober lalu.
Anwar memberi peringatan bahawa kemajuan yang dicapai mesti berlandaskan nilai moral, pemimpin APEC mesti bergerak ke hadapan dalam menangani perkembangan tamadun manusia.

“Saya percaya, untuk kekal manusiawi, isu ini mesti ditangani dan APEC harus memimpin.
“Sudah tentu, di Malaysia, kami percaya dan mempromosikan AI serta teknologi semikonduktor secara agresif kerana teknologi mempunyai kuasa untuk memajukan tamadun,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
