PAU 2025: Kemunculan KJ Curi Tumpuan Perwakilan UMNO

Khairy Jamaluddin ketika hadir ke PAU 2025 bagi mengikuti Persidangan Pemuda UMNO di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur pada 15 Januari 2026. Foto Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Kemunculan semula bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 hari ini, mencuri tumpuan para perwakilan parti itu sejak dipecat daripada pada 2023.

Khairy yang berpakaian baju Melayu putih lengkap bersamping merah dan bersongkok, menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO atas kapasiti jemputan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Khairy tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bersama Dr Muhamad Akmal, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan beberapa bekas Ketua Pemuda UMNO yang lain.

Kemunculan Khairy ke perhimpunan itu seakan mengimbau kenangan beliau yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 2009 sehingga 2018.

Perwakilan Umno mendengar ucapan Mohamad yang merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Januari 2026.

Ketibaan mereka disambut dengan satu majlis ringkas, termasuk paluan gendang dan persembahan silat pendek.

Ini kehadiran pertama Khairy ke Perhimpunan Agung UMNO sejak beliau dipecat daripada parti itu pada 2023 atas dakwaan memperlekehkan dan mensabotaj kempen Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, sebelum ini menuduh UMNO telah tersasar daripada hala tuju asal dan menampilkan dirinya sebagai alternatif politik.

Seorang sumber parti berkata Lembaga Disiplin Umno, ketika meneliti kes membabitkan Khairy yang ketika itu merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, telah meneliti beberapa bahan bukti termasuk rakaman video yang didakwa menunjukkan beliau memperlekehkan parti.

 

Mohamad berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Januari 2026.

Pada Oktober tahun lalu, satu sumber mendedahkan Khairy dijangka kembali menyertai UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada November lalu.

Sumber berkata itu, kepulangan Khairy mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber berkenaan berkata, Ahmad Zahid dikatakan memberi restu secara peribadi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua UMNO Perlis, Datuk Razabil Abdul Rahman.

Tiga hari selepas laporan itu diterbitkan, Khairy akhirnya bersuara dan meminta pihak media memberinya masa beberapa minggu untuk memberikan penjelasan.

Sejak itu, beliau tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *