Pasangan Buat ‘Projek’ Di Jirat Cina Direman Tiga Hari

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam direman sehingga 26 Mac 2026.

GEORGE TOWN, 24 Mac – Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di sebuah tanah perkuburan di sini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan selepas pasangan berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah tersebut bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, pasangan itu tiba dengan tangan bergari di bawah pengawasan polis.

Mereka dilihat memakai baju berwarna merah dan seluar biru.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan pihaknya menahan pasangan yang tular dalam video berkenaan.

Mereka ditahan di lokasi berasingan di sekitar Georgetown semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *