Pas Usah Bermimpi Rampas Kerusi Di Sarawak Dek Penghinaan Abdul Hadi

Pas bukan sekadar menjadi pemecah belah kaum dan agama, malah mampu menggugat keharmonian kaum dan agama di Sarawak seperti mana ‘modus operandi’ mereka di Semenanjung.

KUCHING, 7 Mac – Pas diminta supaya usah berangan mahu merampas walau satu kerusi pun di Sarawak sama ada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana penghinaan Abdul Hadi Awang terhadap rakyat negeri ini tidak pernah dilupakan.

Menurut penganalisis politik, Jame Stephen, Pas bukan sekadar menjadi pemecah belah kaum dan agama, malah mampu menggugat keharmonian kaum dan agama di Sarawak seperti mana ‘modus operandi’ mereka di Semenanjung hingga berlaku ‘gelombang’ fitnah pada PRU15.

Beliau diminta mengulas hasrat Pas Sarawak mahu bertanding sekurang-kurangnya empat kerusi pada PRN akan datang, termasuk di Beting Maro.

Lama sudah penghinaan demi penghinaan kepada rakyat Sarawak atau Sabah dilakukan pemimpin Pas seperti Abdul Hadi sejak 2009 hinggalah pada 2025 walaupun dilakukan individu berbeza.

Pesuruhjaya negeri, Arifiriazul Paijo, berkata parti itu meningkatkan kehadirannya di Beting Maro yang dianggap peluang ‘terbaik’ namun rakyat di sana masih belum melupakan peristiwa hitam penghinaan Abdul Hadi.

Pada PRN 2021, Arifiriazul yang bertanding di Beting Maro tewas kepada penyandang, Razaili Gapor dari GPS dengan majoriti 1,711 undi.

Arifiazul berkata, Pas Sarawak terbuka meletak calon bukan Islam melalui sayap penyokongnya (DHPP), dengan memetik contoh Clement Bayang yang bertanding di DUN Kakus pada 2016 tetapi tewas teruk kepada GPS dan calon Bebas.

Keratan artikel blog berkaitan penghinaan Abdul Hadi kepada rakyat Iban di Sarawak pada Julai 2009 yang masih tidak dapat dilupakan rakyat Sarawak.

Mengulas lanjut, Jame berkata, lebih baik Pas tidak masuk ke negeri ini kerana politik ekstrem dan menekan amat tidak sesuai dengan perpaduan kaum serta kepelbagaian etnik yang selama ini dipertahankan.

Untuk rekod, komuniti Iban masih mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Abdul Hadi yang pasti akan menghantui mereka setiap kali menjelang PRN atau PRU.

Tindakan penghinaan Abdul Hadi dibuat selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009 di mana Abdul Hadi mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

Ramai pemimpin BN ketika itu menganggap penghinaan itu membawa maksud Iban ‘bodoh’ tetapi beberapa penyokong pembangkang mendakwa kenyataan Hadi itu bermakna pengundi Iban mudah terpengaruh dengan pengumuman projek segera diumumkan BN sepanjang tempoh berkempen.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *