’Pas Kini Intai Kerusi Ketua Pembangkang’ – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpendapat sepatutnya pembangkang lebih risau kerana sudah lima ahli parlimen mereka menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman disifatkan sebagai satu petunjuk bahawa parti berkenaan sudah bersedia memikul tanggungjawab lebih besar dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, mendakwa berpendapat Pas kini sedang mengintai peluang untuk menduduki jawatan Ketua Pembangkang yang kini disandang Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin.

Masa sama, beliau menegaskan yang Kerajaan Perpaduan langsung tidak terganggu dengan dakwaan bahawa kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam PRK Kemaman itu adalah satu referendum menentang Putrajaya.

“Sebaliknya lima Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya lebih dibimbangi kerana ia menandakan potensi perpecahan dalam parti pembangkang.

“Jadi saya rasa yang patut dibimbangkan sekarang ialah BERSATU kerana sudah jelas Pas mungkin mendesak atau meminta jawatan Ketua Pembangkang pada masa hadapan,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpendapat sepatutnya pembangkang lebih risau kerana sudah lima ahli parlimen mereka menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, berkata keputusan PRK itu menyerlahkan kegagalan berterusan kerajaan pusat mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat, walaupun selepas setahun memerintah.

PRK Kemaman menyaksikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih 37,000 undi dicanang kononnya satu referendum terhadap kerajaan namun dibidas pelbagai pihak kerana Samsuri hanyalah calon menggantikan bekas ahli parlimen yang dibuktikan dengan pertuduhan rasuah.

Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi manakala Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 27,778 undi.

Ahli parlimen pembangkang yang setakat ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaharu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

MP Bukit Gantang Pula Sokong PM Anwar Secara Terbuka


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *