Paris 2024: Shah Firdaus Layak Ke Final Keirin

Muhammad Shah Firdaus (baju hitam) berjaya ke akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Foto MOM
PARIS, 11 Ogos – Harapan pemburuan pingat emas pertama negara terus menyala apabila pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya meloloskan diri ke pusingan akhir acara keirin sebentar lagi.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines tersebut, Shah Firdaus yang digelar The Terminator itu menyerlahkan potensi sebenarnya dengan kayuhan cukup baik ketika memulakan pertarungan suku akhir dengan menamatkan saingan tempat ketiga terpantas saringan suku akhir pertama tersebut.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali, Jack Carlin dari Great Britain menjuarai heat pertama dan diikuti Matthew Glaetzer (Australia) tempat kedua.
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou, Kaiya Ota dari Jepun dibatalkan penyertaannya setelah menerima amaran kedua membolehkan Muhammad Shah Firdaus mara ke pentas akhir yang berlangsung pada 7.29 petang ini nanti.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
