Paris 2024: Azeem Tamatkan Saringan Di Tempat Kedua, Layak Ke Pusingan Pertama

Azeem Fahmi menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.42 saat pada saringan awal. Foto Facebook Majlis Sukan Negara

PARIS, 3 Ogos – Raja pecut negara, Mohamad Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan pusingan saringan pertama di tempat kedua di Stade de France sebentar tadi.

Pelari berusia 20 tahun itu menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.42 saat.

Pelari Gambia, Ebrahima Camara, muncul pelari terpantas saringan berkenaan dengan 10.29 saat.

Pusingan pertama dijangka akan dilangsungkan jam 5.45 sebentar lagi waktu tempatan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *