Panglima Tentera Darat Bercuti, Beri Ruang Pihak Berkuasa Siasat

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta pada 27 Disember 2025.

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah tersebut diambil bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan melibatkan beliau.

“Beliau akan bercuti berkuat kuasa serta merta sehingga selesai siasatan, langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan Tentera Darat yang dilaksanakan sejak 2023 hingga kini.

Tumpuan siasatan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Semakan awal SPRM terhadap rekod perolehan bagi tempoh 2023 hingga 2025 mendapati sebanyak 158 projek perolehan Tentera Darat bernilai melebihi RM500,000 telah diluluskan, manakala perolehan bernilai di bawah RM500,000 pula melibatkan keseluruhan 4,521 projek.

Selain itu, SPRM turut memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung perolehan projek-projek tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *