Pakar Teknologi Islam Di San Francisco Nyatakan Minat Untuk Melabur Di Malaysia – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bertemu beberapa pakar teknologi Islam berpangkalan di San Francisco sempena Sidang Kemuncak APEC ke-30 yang berakhir pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SAN FRANCISCO, 18 Nov – Beberapa ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan masyarakat Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat menyatakan minat untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau dalam pertemuannya dengan Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol dan Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi Fauad Hasan.

Turut hadir pada pertemuan itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata mereka menyatakan minat untuk berbuat demikian selepas mendengar penjelasan mengenai hala tuju ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bertemu beberapa pakar teknologi Islam berpangkalan di San Francisco sempena Sidang Kemuncak APEC ke-30 yang berakhir pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, pertemuan itu turut membicarakan mengenai keperluan memberikan lebih perhatian berkaitan bidang kecerdasan buatan, selain menyentuh soal pendidikan dan aeroangkasa yang sama penting.

“Kami turut membincangkan soal pembangunan umat Islam di Amerika Syarikat serta situasi yang berlaku saat ini yang menimpa warga Palestin.

“Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqamah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin,” katanya.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat yang berakhir semalam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *