PM Anwar Umum Malaysia Raih Komitmen Pelaburan RM63.02 Bilion Dari Amerika Syarikat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak APEC ke-30 dari 14 hingga 17 November di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Foto Bernama
SAN FRANCISCO, 18 Nov – Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutama daripada syarikat-syarikat gergasi teknologi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.33 bilion adalah daripada misi perdagangan dan pelaburan ke AS yang dianjur sebelum bermula Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco.
Katanya, pelaburan selebihnya adalah daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan Anwar di sana.
“Pelaburan bagi misi perdagangan ini adalah daripada Abbot Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

“Pelaburan selebihnya telah diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft, Tik Tok dan TPG,” katanya di akhir lawatan ke negara itu.
Terdahulu, pertemuan Anwar dan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau membincangkan kaedah untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini.
Pertemuan itu adalah atas permintaan Kanada.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain perdagangan dan pelaburan, perbincangan itu turut tertumpu kepada kerjasama dalam aspek keselamatan siber, pendidikan, tenaga dan perubahan iklim.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Kanada pada 2022 berjumlah RM10.35 bilion, meningkat sebanyak 4.2 peratus berbanding RM9.93 bilion pada 2021.
PM Anwar, PM Trudeau Bincang Kaedah Perkukuh Perdagangan, Pelaburan Di San Francisco
Putrajaya dan Ottawa meraikan hubungan diplomatik rasmi ke-66 pada tahun ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web