PADU Gagal Kerana Imej Rafizi – Puad

Kenyataan Puad mengenai kegagalan PADU kerana imej Rafizi. Foto Facebook DrPuad Zakarshi
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kegagalan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah cerminan kepada kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Pemimpin UMNO itu berkata berkata, PADU gagal kerana sistem kerja gagal dan komunikasi yang gagal.
“Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.
“Rafizi dikaitkan dengan ‘Raja formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. PADU itu Rafizi, Rafizi itu PADU. PADU dilihat gagal.

“Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak.
“PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir?,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Rafizi memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran PADU minggu depan.
Ia susulan kebimbangan dibangkitkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
