Kekosongan Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu Diumum Minggu Depan

Pemimpin kanan DAP menziarahi mendiang Lee Kee Hiong yang akan dikebumikan esok. Foto Mkini
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu susulan kematian penyandang mewakili DAP, Lee Kee Hiong akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan sebaik segala urusan pengebumian mendiang selesai.
Speaker DUN Selangor, Lau Weng San, berkata pada masa ini, urusan pengebumian mendiang belum selesai yang dijangka diuruskan esok.
“Kekosongan kerusi itu akan diuruskan sesudah mendapat dokumen daripada keluarga mendiang. Buat sementara ini, biar ahli keluarga uruskan (pengebumian) dulu,” katanya.
Kee Hiong, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia Isnin lalu selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
