‘Oru Viral Puratchi’ – PM Anwar Ucap Tahniah Buat Vijay Dipilih Ketua Menteri Tamil Nadu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Tamil terkenal, Joseph Vijay yang dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 12 Mei 2026. Foto janaan AI

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Tamil terkenal, Joseph Vijay yang disifatkan sebagai sahabat beliau yang dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar berkata, selama bertahun-tahun, para peminat setia Vijay menyaksikan beliau menewaskan ahli politik korup dan pelbagai penjahat dalam tempoh tiga jam, biasanya selepas satu selingan pendek.

“Namun kini, rakyat Tamil Nadu telah mengamanahkan Vijay dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mana-mana watak yang pernah dibawanya di layar perak.

“Oru Viral Puratchi” — “revolusi satu jari” — kini berada di ambang mencipta sejarah.

“Malaysia dan Tamil Nadu berkongsi hubungan sejarah, budaya dan hubungan rakyat yang mendalam merentasi generasi.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri Vijay pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Terdahulu, Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu selepas parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) berjaya memperoleh sokongan majoriti pada 10 Mei lalu.

Kejayaan itu melengkapkan perjalanan politik penuh dramatik susulan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung selepas keputusan pilihan raya negeri berkenaan diumumkan pada 4 Mei lalu dan diraikan pada majlis dihadiri ribuan rakyat di Stadium Jawaharlal Nehru, Chennai.

Vijay yang lebih dikenali sebagai ‘Thalapathi Vijay’ berjaya membentuk kerajaan negeri, sekali gus menamatkan dominasi dua parti utama Dravidian selepas TVK memperoleh sokongan penting melalui beberapa pakatan strategik.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *