Nurul Izzah Sedia Galas Tanggungjawab Ke Arah Malaysia Yang Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai Naib Presiden KEADILAN bersedia menggalas dan melaksanakan tanggungjawab untuk terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi lapangan sedia ada dan dalam kapasiti masing-masing.

Dalam kenyataan media yang disiarkan di Facebook rasmi pada Khamis, beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan KEADILAN di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya dan yang pasti ini adalah tanggungjawab besar yang diambil secara serius, dan memerlukan kerjasama dalam dan luar parti.

“Dengan keadaan ekonomi yang semakin menekan kehidupan rakyat dan paluan gendang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang terus kuat berkumandang, ini adalah masa yang paling penting untuk kita semua melaksanakan tanggungjawab untuk terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi lapangan sedia ada dan dalam kapasiti masing-masing.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Pastinya, ini adalah tanggungjawab besar yang diambil secara serius, dan memerlukan kerjasama dalam dan luar parti.

Pada masa yang sama, seperti yang telah beliau nyatakan secara konsisten, kedudukan di dalam parti bukanlah satu kemestian untuk kita menggubal perubahan positif.

“Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan mendewasakan apabila diberi peluang untuk bekerja bersama komuniti – dalam apa jua kapasiti sama sekali.

“Penduduk Permatang Pauh, Lembah Pantai dan seluruh Malaysia yang telah mengajar saya tentang keperluan untuk meneruskan usaha untuk memberi kesan positif kepada keluarga dan isi rumah yang terjejas,” tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, perubahan politik membentuk dasar yang membawa kesan dan khidmat yang terbaik kepada negara – dan atas tujuan ini, semua pihak harus bekerja keras bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar berasaskan bukti dan berkesan.


Ini termasuk antaranya, isi rumah kalis bencana, perlindungan sosial yang menyeluruh bagi melindungi golongan rentan dan mengarusperdanakan pendidikan TVET bagi menawarkan peluang kerjaya yang bermaruah, kerana inilah yang akan membawa kita keluar daripada kemelut ekonomi yang melanda dan ke arah masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau yang disiarkan dalam dua bahasa:

– – – – – –

Dengan keadaan ekonomi yang semakin menekan kehidupan rakyat dan paluan gendang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang terus kuat berkumandang, ini adalah masa yang paling penting untuk kita semua melaksanakan tanggungjawab untuk terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik menerusi lapangan sedia ada dan dalam kapasiti masing-masing.


Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Pastinya, ini adalah tanggungjawab besar yang diambil secara serius, dan memerlukan kerjasama dalam dan luar parti.

Pada masa yang sama, seperti yang telah saya nyatakan secara konsisten, kedudukan di dalam parti bukanlah satu kemestian untuk kita menggubal perubahan positif. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan mendewasakan apabila diberi peluang untuk bekerja bersama komuniti – dalam apa jua kapasiti sama sekali. Penduduk Permatang Pauh, Lembah Pantai dan seluruh Malaysia yang telah mengajar saya tentang keperluan untuk meneruskan usaha untuk memberi kesan positif kepada keluarga dan isi rumah yang terjejas.

Perubahan politik membentuk dasar yang membawa kesan dan khidmat yang terbaik kepada negara – dan atas tujuan ini, kita harus bekerja keras bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar berasaskan bukti dan berkesan antaranya, isi rumah kalis bencana, perlindungan sosial yang menyeluruh bagi melindungi golongan rentan dan mengarusperdanakan pendidikan TVET bagi menawarkan peluang kerjaya yang bermaruah, kerana inilah yang akan membawa kita keluar daripada kemelut ekonomi yang melanda dan ke arah masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. InshaaAllah 🇲🇾

***

 

With the economy in jeopardy and general elections fast approaching, it is vital we all do our part to work towards a better Malaysia through existing avenues and in our respective capacities.

I thank the leadership of Parti Keadilan Rakyat for placing their trust in me.

It is a great responsibility that must be taken seriously – one which requires collaboration both within and beyond party ranks.

At the same time, as I have consistently said, a party position is not a requirement for enacting positive change. It has been a humbling experience to have the chance to work with communities – in any capacity at all. It is the people of Permatang Pauh, Lembah Pantai and across Malaysia that have taught me the need to continue the good work and strive for positive impacts for families and affected households.

Political change shapes the policies that serve the nation – to this end we must work hard to ensure evidence based, impactful policies are implemented that take us out of economic hardship and towards a more hopeful future for Malaysia. InshaaAllah 🇲🇾

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *