NSS Pemangkin Industri Semikonduktor Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Ekspo SEMICON Asia Tenggara 2024 hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Ekspo SEMICON Asia Tenggara 2024 hari ini berkata, separuh abad berlalu telah menyaksikan Malaysia berada di kedudukan keenam sebagai pengeksport terbesar bagi industri semikonduktor.
Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang diluncurkan hari ini bertepatan sebagai pemangkin industri dan strategi semikonduktor negara bagi jangka masa panjang.
Jelas beliau, visi kerajaan adalah mewujudkan ekosistem yang didorong oleh firma-firma Malaysia yang dinamik dan bakat bertaraf dunia, sambil bekerjasama dengan syarikat-syarikat global.

Berikut rancangan kerajaan melalui NSS Malaysia, yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
NSS akan meliputi:
FASA 1: Pembinaan Asas
- Memanfaatkan kapasiti dan keupayaan sedia ada dalam industri untuk menyokong pemodenan ‘Outsourced Assembly and Testing’ (OSAT) dengan langkah-langkah ke arah pembungkusan termaju; memperluaskan kilang sedia ada di Malaysia dan pengembangan FDI.

FASA 2: Bergerak ke Hadapan
- Reka bentuk dan cip memori canggih, fabrikasi dan menguji serta mencari untuk menyepadukan pembelian.
FASA 3: Berinovasi
- Menguatkan sokongan melalui pembangunan syarikat reka bentuk semikonduktor Malaysia bertaraf dunia dan menarik pembeli cip-cip canggih seperti Apple, Huawei, dan Lenovo.
Lima sasaran Utama dalam NSS:

Sasaran 1: Menarik pelaburan RM500 bilion.
Sasaran 2: Tubuh sekurang-kurangnya 10 syarikat Malaysia dalam Reka Bentuk dan Pembungkusan dengan pendapatan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion.
Sasaran 3: Malaysia menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global untuk semikonduktor.
Sasaran 4: Melatih dan meningkatkan jumlah 60,000 jurutera yang berkemahiran tinggi.
Sasaran 5: Peruntukkan RM25 bilion dalam sokongan fiskal untuk mengaktifkan NSS.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
