Muhyiddin Akan Ketuai Bersatu Tawan Putrajaya, Umpama Mimpi Ngeri Buat Rakyat

Pembohongan Muhyiddin jelas ketara kononnya beliau tidak mengira bangsa apabila menyalurkan bantuan namun hakikatnya rakyat menderita akibat PKP semasa Covid-19.

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ucapan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin menegaskan akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) merupakan mimpi ngeri buat rakyat yang jelas derita semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun.

Malah lebih memburukkan keadaan, kenyataannya disampaikan ketika ratusan ribu rakyat sedang berada di PPS ekoran banjir dan tidak turun padang membantu termasuk di negerinya sendiri, Johor.

“Saya berikrar untuk membawa mandat ahli-ahli Bersatu dan akar umbi yang diterima sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 untuk saya meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden sehingga berjaya bertapak semula di Putrajaya dalam PRU16, insya-ALLAH.

Warganet yang seakan tidak percaya dengan kenyataan Muhyiddin berkaitan ‘bendera biru tak apa’ semasa PKP dikuat kuasa dalam soal penyaluran bantuan bakul makanan saat penularan Covid-19.

“Oleh itu, jangan kita diadu domba, dilaga-laga dan dicucuk sana sini, kononnya ada kem itu dan ini. Ada kumpulan itu dan kumpulan ini yang akan melemah dan memecahkan kita. Ini semua karut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di PAT Bersatu kali ke-7 pada Sabtu.

Lebih meloyakan, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau mahu memimpin parti berkenaan kerana ia kini menjadi ‘harapan rakyat dan bangsa’ sedangkan tiada apa pencapaian signifikan dibuktikan sepanjang 17 bulan berkuasa.

Malah, dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu turut mendakwa parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan tidak boleh diharap untuk menjulang perjuangan agama, bangsa dan negara jelas suatu omong kosong tanpa fakta yang jelas.

“Apa yang boleh diharap dengan seorang bekas Perdana Menteri (Muhyiddin) masa Covid selain menutup Parlimen (Dewan Rakyat) dan terjadinya skandal Jana Wibawa melibatkan beratus juta ringgit wang rakyat?,” sindir warganet.

“Lihat rekod prestasi kami semasa menjadi kerajaan. Tidak ada seurat benang pun hak kaum bukan Melayu dirampas atau diketepikan, malah semua bantuan semasa pandemik COVID-19 diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada waktu itu tidak melihat kepada warna kulit atau kepercayaan agama untuk menyampaikan bantuan. Saya tidak pernah tanya awak Melayu ke Cina ke, India ke sebelum beri bantuan,” jelasnya.

Bagaimanpun Muhyiddin terlupa dengan isu ‘bendera putih’ yang menyebabkan beribu rakyat menderita kelaparan tetapi mempolitikkan perkara itu dengan ‘kibar bendera biru pun tak apa’ merujuk kepada bendera PN.

Ia menimbulkan kemarahan rakyat kerana Muhyiddin tidak sensitif dengan nasib rakyat seakan dilayan seperti pengemis, seolah jika ‘kibar bendera biru’ barulah bantuan disalurkan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *