Banjir Terburuk Dalam Sejarah Kelantan – Polis

Banjir yang sedang melanda disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah Kelantan. Foto Majlis Keselamatan Negara (MKN)

RANTAU PANJANG, 30 Nov – Polis Kelantan menyifatkan banjir yang sedang melanda adalah yang terburuk dalam sejarah negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ia berdasarkan lebih 90,000 mangsa banjir sudah dipindahkan ke 288 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 5 petang tadi.

“Saya kira ini banjir yang terburuk (di Kelantan). Ini baru pusingan pertama, keadaan sudah sebegini dan banyak laluan terputus.

Trend paras air semasa di sungai-sungai seluruh Kelantan pada 30 November 2024. Foto Public Info Banjir

“Daerah yang paling terkesan ialah Pasir Mas dan Tumpat. Malah, laluan ke Pengkalan Kubor juga terputus terus untuk semua kenderaan.

“Walaupun hujan lebat sudah berhenti, jumlah mangsa banjir terus bertambah,” katanya pada sidang media ketika melawat kawasan banjir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya bersiap siaga untuk berdepan banjir lebih buruk selepas beberapa kawasan di bandar Kota Bharu turut dinaiki air.

Hingga jam 6 petang ini, seramai 91,865 mangsa banjir telah dipindahkan, manakala air di sembilan sungai sekitar Kelantan terus melepasi paras bahaya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *