MOF, JAKIM Akan Kerjasama Perkasa Sekolah Pondok Dengan AI – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Dalam memperkasa dan mengangkat semula martabat sekolah pondok di negara ini, Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama memastikan imej institusi berkenaan dipulihkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam ini, Perdana Menteri menjelaskan, kerjasama yang akan dijalankan termasuk mendedahkan para pelajar sekolah pondok kepada ilmu teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasakan institusi berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Penegasan ini selari dengan ucapan Anwar ketika berucap pada Majlis Malaysia Berselawat 2.0 di Masjid Putra, Putrajaya baru-baru ini yang dihadiri para ulama dan ribuan pelajar pondok seluruh negara.

“Sekolah-sekolah agama dan pondok masih dalam keadaan daif, saya bincang dengan Menteri Hal Ehwal Agama, Kementerian Kewangan dan JAKIM akan bekerjasama dalam memulih dan mengangkat semula martabat (sekolah pondok).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia bagi memenuhi keperluan semasa, kita kekalkan kitab-kitab (sekolah pondok) tidak berubah, kekal cara dakwah mereka kita tidak mahu ubah.

“Apa yang kita mahu tambah teknologi baharu, termasuk teknologi maklumat, AI, supaya benteng ini kekal dengan benteng kuat akidah umat Islam,” katanya.

Sejarah telah membuktikan institusi pondok menjadi benteng akidah umat Islam ketika zaman penjajahan, tambah beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apa berlaku seluruh sistem tewas, sistem politik tewas dan pemimpin elit menyerah, sistem ekonomi tunduk mengikut acuan barat.

“Sistem pendidikan ikut pendidikan barat, bahasa diagungkan kalangan penjajah, bahasa negara terhina dan terhimpit. Yang jadi benteng satu-satunya ialah sekolah pondok dan pesantren-pesantren jasa yang luar biasa sebagai benteng pertahanan akidah dan mental ilmu umat Islam,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, kerajaan akan melancarkan Program Mushaf Ummah pada 8 Ogos ini sebagai usaha memperluaskan penyebaran Al-Quran dan mesej Islam ke serata pelusuk dunia.

Tujuannya jelas Perdana Menteri, ia juga sebagai mesej penyatuan dan peradaban Islam sejagat,

“Saya nak umumkan di sini pada 8 Ogos ini, kita akan luncurkan apa yang disebut Mushaf Ummah di Kompleks Nashrul Quran Putrajaya. Ini hasil idea diterapkan tokoh qiraat antarabangsa Prof. Dr. Ahmad Isa al-Ma’sarawi, mantan Syeikhul Qurra’ Mesir dengan kerjasama Yayasan Restu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Apabila berlakunya tindakan golongan khianat, sesat dan anti-agama apa lagi terhadap agama Islam dengan cara menghina dan membakar Al-Quran, mutakhir ini di Sweden. Ramai orang Islam marah, munasabah marahnya. Ada marah dengan lawan bakar, menghina orang lain, tapi di Malaysia kita memilih jalur lain,” katanya.

Tambah Anwar, tindakan Malaysia mencetak sejuta naskah Al-Quran dan menyebarkannya ke negara-negara berkenaan sebagai langkah berhemah untuk memberi pemahaman berkaitan agama Islam.

“Saya jumpa Pengasas Yayasan Restu, apa kata kalau kita jawab dengan mencetak menerbitkan 1 juta naskah Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk bahasa Perancis, Jerman, Filipina semua.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita edarkan, mula di Sweden bakar satu naskah Al-Quran, kita kirim Al-Quran setiap sekolah dan universiti itu cara kita jawab berhemah berhikmah,” katanya lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *