MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Tahap Bahaya Sehingga Isnin

Beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu mula dinaiki air setinggi paras lutut ketika tinjauan dibuat pada 26 Disember 2025.
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan tahap bahaya (merah) di beberapa negeri sehingga Isnin ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata, negeri yang terlibat adalah Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
“Sementara itu, hujan lebat tahap buruk (jingga) dijangka melanda Kelantan di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Keadaan sama dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga Isnin ini,” katanya.
MetMalaysia turut memaklumkan hujan tahap waspada (kuning) sehingga Isnin ini di Kelantan membabitkan kawasan Gua Musang serta Pahang di Jerantut, Maran dan Bera.
“Amaran sama turut dikeluarkan di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
