Merdeka 68: Tindakan Pecah-Belah Kaum Mesti Dihalang Dengan Tegas – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 30 Ogos 2025. Foto Aizuddin Saad

SERDANG, 30 Ogos – Tindakan memecah-belahkan negara ini berdasarkan kaum mesti dihalang dengan ketegasan, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tiada negara yang boleh bertahan sekiranya menerima hasutan kebencian antara kaum.

Jelasnya, Malaysia dengan sifatnya sebagai sebuah negara majmuk jauh lebih penting berbanding sentimen kampung atau daerah.

“Berilah cadangan apa pun, termasuk mutakhir ini, pembangunan semula bandar masih dilihat dari segi kaum, masih ditanam dan dihasut rasa takut.

“Kita tidak boleh mengenepikan kepentingan kaum masing-masing. Apa pun saya bicarakan, saya tetap Melayu, saya bangga dengan bahasa saya, bahasa Melayu dan kehebatan budaya Melayu yang agung.

“Tapi tidak wajar kebanggaan ini meremehkan, memadamkan, apa lagi menghina yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, isu perpaduan bukanlah ‘zero sum game’ yang hanya memperhebat kekuatan Melayu sambil menghina kaum lain.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *