MB Perlis Kalah Pemilihan AJK Pas Pusat

Mohd Shukri Ramli antara nama besar dalam Pas yang tewas dalam perebutan parti penunggang agama itu.

ALOR SETAR, 16 Sep – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli gagal memenangi jawatan ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat dalam pemilihan parti kali ini.

Ini kekalahan kedua bagi Shukri tahun ini selepas gagal merebut jawatan Yang Dipertua Pas Arau Jun lalu.

Shukri antara 30 calon yang bertanding jawatan AJK Pas Pusat, di mana hanya 18 calon mendapat undi tertinggi akan terpilih.

Ketidak mampuan Abdul Hadi menjadi calon perdana menteri sudah dijangka atas faktor keuzuran, sama seperti Muhyiddin Yassin berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut senasib dengannya ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Misbahul Munir Masduki.

Beberapa Adun Pas juga gagal dalam perebutan jawatan AJK Pas Pusat, antaranya Adun Gual Periok Kamaruzaman Mohamad, Adun Penaga Mohd Yusni Mat Piah, Adun Bota Dr Najihatussalehah Ahmad dan Adun Gunung Semanggol yang juga ketua pembangkang Perak Razman Zakaria.

Kekalahan ini menambah tekanan kepada Shukri memimpin Perlis walaupun PN menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN negeri itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *