Hari Malaysia 2025: PM Anwar Tiba Di Pulau Pinang Dari Qatar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setelah menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam yang berakhir di Doha, Qatar pada 16 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BAYAN LEPAS, 16 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini setelah menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam yang berakhir di Doha, Qatar.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan delegasi negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira jam 10.10 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha jam 8.10 malam waktu tempatan (1.10 pagi, 16 September waktu Malaysia).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setelah menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam yang berakhir di Doha, Qatar pada 16 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Exco kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat bagi meneruskan acara yang telah disusun selepas ini.

“Alhamdulillah, selamat tiba di Pulau Pinang pagi ini dari Doha untuk meraikan Sambutan Hari Malaysia selain menghadiri rapat umum bersama masyarakat.

“Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti kepada semua!” katanya.

Anwar tiba di sini bagi merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth yang dijadual jam 8.30 malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setelah menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam yang berakhir di Doha, Qatar pada 16 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir malam ini ialah Yang diPertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tun Abang Johari Openg serta menteri-menteri kabinet persekutuan dan kerajaan negeri.

Terdahulu, ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak itu, Anwar mendesak tindakan tegas terhadap Israel, mengecam serangan udara terbaru rejim itu ke atas Doha, ibu negara Qatar, serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setelah menghadiri Sidang Tergempar Negara Arab-Islam yang berakhir di Doha, Qatar pada 16 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menuntut supaya bantuan kemanusiaan menerusi Konvoi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini sedang merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan menuju ke pesisir Gaza, diberi laluan selamat untuk tiba di wilayah itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *