Masanya Telah Tiba Dunia Islam, Antarabangsa Hentikan Kekejaman Zionis – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha bagi menghadiri Sidang Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar pada 14 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Sep – Sudah tiba masanya bagi dunia Arab-Islam dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan dan menjamin keselamatan sejagat, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di pelantar media sosial, Perdana Menteri yang berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam berkata, serangan Israel ke atas Qatar jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha bagi menghadiri Sidang Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar pada 14 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya. Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka.

“Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini,” ujar Anwar beberapa ketika sejurus berlepas malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha bagi menghadiri Sidang Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar pada 14 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Anwar akan menyampaikan Kenyataan Negara bagi menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk, tidak goyah dan berdiam diri selagi penindasan itu berterusan, serta akan tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Doha bagi menghadiri Sidang Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar pada 14 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Undangan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani disampaikan kepada Anwar sejurus serangan Israel terhadap negara itu pada 9 September lepas yang menyaksikan enam orang terbunuh.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *