Masa Untuk Kerajaan Perpaduan Tidak Ulang Politik Lama – AMK Sabah

Fekirie Gobet mengingatkan Sufian Abdul Karim agar tidak menggesa kerajaan menyalahgunakan kuasanya, yang didakwanya dilakukan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

KOTA KINABALU, 23 Dis – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menggesa agar jangan mengulangi tabiat politik lama campur tangan dalam kes mahkamah.

Ini berikutan cadangan Pemuda Umno Sabah selepas ketuanya menggesa semua tuduhan yang difailkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas PRU 2018 digugurkan.

Menurut Pengarah Komunikasi AMK Sabah Fekirie Gobet mengingatkan Sufian Abdul Karim agar tidak menggesa kerajaan menyalahgunakan kuasanya, yang didakwanya dilakukan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Pemuda Umno harus meninggalkan perangai lama di mana pemimpin politik campur tangan dalam kes mahkamah bagi membebaskan rakan politik mereka,” katanya.

Gesaan Sufian agar semua tuduhan yang difailkan semasa pentadbiran PH digugurkan menyusuli kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pendakwaan beberapa kes selepas PRU 2018 adalah cacat.

Beliau berkata, pendakwaan tersebut jelas dibuat dengan niat politik yang bersifat dendam dan bertujuan membunuh karakter individu tertentu serta seteru politik kerajaan.

Bagaimanapun, Fekirie berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak berkompromi dalam perkara berkaitan rasuah apatah lagi menyalahgunakan kuasanya untuk menggugurkan kes.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *