Bersih Patut Malu Dengan Kerajaan Perpaduan, Dua Tahun Penuh Kegagalan

Apakah Bersih mahu melihat infografik ini baru hendak menilai semula prestasi Kerajaan Perpaduan yang mereka beri Gred D dalam penilaian mereka sebelum ini?

MINDA PENGARANG, 23 Dis – Kata pepatah, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Bagai kena dengan batang hidung sendiri, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih atau lebih dikenali dengan Bersih, tempoh hari memberi penilaian Gred D kepada Kerajaan Perpaduan dalam laporan tahunan mereka kononnya mencerminkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran semasa.

Tapi sebenarnya ia menyerlahkan kelemahan mereka sendiri bahawa banyak isu yang dihadapi oleh rakyat sejak puluhan tahun lalu seperti ketelusan, tadbir urus yang baik, dan usaha pemulihan negara pasca-pandemik bukan mampu diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kalau hanya sekadar reformasi yang menjadi kayu ukur penilaian menilai prestasi Kerajaan Perpaduan, mengapa tidak menilai usaha dan ikhtiar kerajaan membasmi miskin tegar yang lebih maslahat sifatnya?

Walaupun penilaian ini diakui mencerminkan beberapa kekurangan, penting untuk mengakui bahawa kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah penting untuk menambah baik keadaan negara.

Sementara itu, majoriti penjawat awam memberikan respons yang positif terhadap pelarasan gaji yang dilaksanakan oleh kerajaan, yang bermula pada 1 Disember 2024.

Pelarasan gaji ini, yang memberi manfaat kepada ramai penjawat awam di seluruh negara, merupakan salah satu langkah yang signifikan dalam meningkatkan kesejahteraan mereka.

Hingga CUEPACS sendiri memberi amaran agar mereka tidak menambah hutang, jadi apa pula gesaan atau nasihat Bersih kepada penjawat awam terutamanya menjauhi rasuah selama ini?

Wahai Bersih, akuilah ia bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada sumbangan penjawat awam, tetapi juga sebagai usaha untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi mereka yang terlibat, peningkatan ini membawa kesan langsung terhadap kehidupan mereka, dan mereka berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan terhadap isu-isu kebajikan golongan pekerja awam.

Walaupun penilaian daripada Bersih mencerminkan ketidakpuasan dalam beberapa aspek pentadbiran kerajaan, namun pelarasan gaji ini menunjukkan bahawa kerajaan Perpaduan memberi perhatian kepada aspek kebajikan rakyat, khususnya penjawat awam.

Dengan langkah ini, kerajaan telah menunjukkan komitmennya dalam memastikan kesejahteraan pekerja sektor awam terus dipertingkatkan, meskipun cabaran yang dihadapi oleh negara.

Kita nantikan ulasan Bersih atas jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kuasa Peguam Negara dan Pendakwaraya akan dpinda tahun depan.

Apakah lepas setahun lagi Bersih berani lagi beri Gred C atau lebih teruk E kononnya ‘lambat’ mereformasikan institusi?


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *