Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi kediaman Nor Riza Embong dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pada 11 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Mangsa kebakaran rumah di Bandar Indera Mahkota Jaya, Kuantan, Pahang, Nor Riza Embong, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tunai berjumlah RM10,000 itu diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Nor Riza di kediamannya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi kediaman Nor Riza Embong dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pada 11 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Meski kediaman beliau musnah hampir keseluruhannya, namun Alhamdulillah, syukur tiada sebarang kemalangan jiwa.

“Dugaan ini pastinya begitu berat untuk ditanggung, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tempat berteduh sekeluarga,” menurut Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi kediaman Nor Riza Embong dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pada 11 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Ahmad Farhan berharap sumbangan berkenaan dapat menampung sedikit sebanyak kos dan meringankan beban Nor Riza sekeluarga.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turun padang membantu sewaktu dan selepas kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini, khususnya pasukan bomba, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan komuniti setempat yang pantas memberikan sokongan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *