‘Manchester United Menang, Cucu Marah Betul Dengan PM Anwar’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 26 Jan – Ucapan secara berseloroh Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kemenangan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (PL) Manchester United hingga mewujudkan ‘ketegangan peribadi’ dengan cucunya yang menyokong Arsenal, mencuri perhatian hadirin ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berseloroh secara bersahaja mengaitkan kegembiraan The Red Devils menewaskan The Gunners itu dengan keputusan perlawanan PL awal pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan majlis ini dan saya tambah sukacita kerana semalam Arsenal menang (jaring gol) dua tetapi Manchester United menang (jaring gol) tiga.

Reaksi penjaga gol Arsenal, David Raya dan rakan sepasukannya selepas pemain Manchester United, Patrick Dorgu menyumbat masuk gol kedua pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. Arsenal tewas 2-3 pada 25 Januari 2026. Foto Reuters

“Cucu saya marah betul. Saya ikuti juga perkembangan ini (United menang ke atas Arsenal),” katanya disambut tawa hadirin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut mengulangi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam penganjuran majlis berkenaan, sambil sekali lagi menyelitkan nada seloroh mengenai kemenangan pasukan pilihannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya ucap terima kasih dan terima kasih juga berita baik kemenangan Manchester United pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya sebenarnya ini soal ‘personal‘ (peribadi) sikit. Saya memang ada ketegangan sikit dengan cucu-cucu. Cucu saya sokong Arsenal,” katanya sambil tersenyum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada perlawanan di Stadium Emirates, London itu, anak buah Michael Carrick memberi tamparan hebat kepada misi kejuaraan Arsenal dikendali Mikel Arteta selepas Matheus Cunha meledak gol kemenangan untuk merakam kemenangan dramatik 3-2 ke atas pendahulu liga itu, awal pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *