Abdul Hadi Sah Tak Dicalon Pengerusi PN Ganti Muhyiddin

Abdul Hadi disahkan tidak dicalon sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hasil perbincangan dan persetujuan kepimpinan tertinggi parti berkenaan pada 26 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 26 Jan – Abdul Hadi Awang sah tidak dnamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 1 Januari lalu.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan, menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat hasil perbincangan dan persetujuan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.
“Maka kami akan mengemukakan calon parti bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional. Apa yang boleh saya nyatakan ialah berdasarkan pengesahan mesyuarat-mesyuarat tertinggi Pas, calon tersebut bukan Presiden Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat Pas di ibu negara, hari ini.
Tambahnya, jawatan Pengerusi PN tidak semestinya disandang oleh presiden parti komponen dan berkemungkinan sekiranya Abdul Hadi tidak dicalonkan, salah seorang presiden atau timbalan presiden parti gabungan akan dilantik sekiranya memperolehi majoriti ahli majlis tertinggi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
