Malaysia-Thailand Tunjuk Isyarat Jelas Mahu Percepat Pertumbuhan Ekonomi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di Kompleks Apam Putra, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan hari ini. Anwar dan Srettha mengadakan lawatan kerja ke Sungai Golok, Narathiwat, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PASIR MAS, 3 Ogos – Kesepakatan Malaysia dan Thailand termasuk dalam pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dekat sini, memberi isyarat jelas bahawa kedua-dua negara mahukan pertumbuhan ekonomi kawasan itu berjalan pantas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju supaya tumpuan diberikan kepada pelaksanaan beberapa projek utama yang sudah lama tertangguh, sehingga ada yang telah mengambil masa puluhan tahun, kerana ia akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Kompleks Apam Putra, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan hari ini. Foto Bernama

“Pertemuan tadi kita minta (pembinaan projek jambatan kedua) disegerakan dan jadi keutamaan projek kerjasama antara Thailand dan Malaysia, untuk beri gambaran positif tentang peningkatan kerjasama dari segi peningkatan ekonomi untuk Narathiwat (selatan Thailand) dan utara Kelantan.

“Sementara jambatan siap, kita (Malaysia) juga harus mengadakan beberapa projek pembangunan daripada sudut peluang-peluang perniagaan, gerai dan warung serta tempat perniagaan yang lebih baik di kawasan berdekatan jambatan, supaya ia tidak hanya jambatan tetapi juga rangkaian perniagaan di sebelah Kelantan,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di Kompleks Apam Putra, Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas, Kelantan hari ini. Anwar dan Srettha mengadakan lawatan kerja ke Sungai Golok, Narathiwat, Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Rantau Panjang dan Sungai Golok di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, di sini hari ini, yang turut melibatkan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand Srettha Thavisin.

Dalam pada itu kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan pembersihan Sungai Golok bagi mengatasi masalah banjir dihadapi penduduk dua negara berkenaan setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin, bergambar semasa lawatan kerja di Sungai Golok dan Rantau Panjang, bertempat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, hari ini.

Anwar berkata pembersihan Sungai Golok akan memberi banyak manfaat kepada penduduk terutama di Rantau Panjang dan Narathiwat.

“Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin juga sudah bersetuju untuk menyelesaikan masalah berkenaan bagi membantu penduduk sempadan di kedua-dua negara selepas saya menyuarakan masalah yang berlaku.

“Kerajaan juga sudah bersedia daripada segi kewangan dan langkah pertama yang perlu diambil ialah secara teknikal supaya sungai dapat segera diurus dan mengalir dengan baik bagi mengelak berlaku timbunan yang menyekat aliran sungai,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *