Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Filipina

Gegaran kuat magnitud 6.8 menggegar banyak kawasan di Mindanao dan selatan Filipina awal pagi tadi. Foto X
MANILA, 3 Ogos – Gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda di luar pesisir pantai wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada pagi Sabtu, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Institut itu berkata, gempa pada 6.22 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman sembilan kilometer (km), kira-kira 66 km timur laut Lingig, sebuah bandar pesisir pantai.
Gegaran itu turut dirasai di banyak wilayah di Mindanao, termasuk Agusan del Sur, Davao de Oro, Davao City, Davao Occidental dan beberapa kawasan di tengah Filipina.
Institut itu berkata, gempa tektonik itu akan mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak akan menyebabkan kerosakan.
Kepulauan Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang lingkaran gunung berapi Pasifik.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

