Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Hussein Awad dan delegasi beliau di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 7 Ogos – Malaysia sentiasa berusaha menyalurkan sokongan selain berdoa supaya keamanan dan kestabilan Sudan akan tercapai. Harapan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menerima kunjungan hormat Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan, Hussein Awad Ali Mohamed di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Anwar berkata, Hussein Awad sedang dalam lawatan ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan bertajuk ‘Sudan: The Forgotten War’ dan juga untuk menyampaikan warkah Presiden Majlis Kedaulatan Peralihan Sudan kepada beliau.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Hussein Awad dan delegasi beliau di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim “Perbincangan kami tertumpu kepada konflik di Sudan, khususnya mengenai status rundingan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan, serta situasi kemanusiaan yang membimbangkan dihadapi oleh rakyat Sudan.
“Saya telah menyuarakan harapan agar rundingan damai sedang diusahakan ini berjaya dicapai supaya Sudan dapat kembali menjadi sebuah negara berpotensi besar, serta kemampuan dan keupayaan rakyatnya dalam meneruskan usaha-usaha ke arah kemajuan dan pembangunan,” katanya pada hantaran Facebook.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Hussein Awad dan delegasi beliau di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim Beliau berkata, Pemangku Menteri Luar Sudan juga menyampaikan penghargaan Kerajaan Sudan atas bantuan Kerajaan Malaysia kepada negara dan rakyatnya, yang memberi impak sangat bermakna.
“Saya maklumkan Malaysia sentiasa berusaha menyalurkan sokongan selain berdoa semoga keamanan dan kestabilan Sudan akan tercapai bagi membolehkan rakyatnya menikmati kestabilan politik dan sosio-ekonomi yang berkekalan di negara mereka,” katanya.