Malaysia-Republik Kyrgyz Setuju Kukuh Kerjasama TVET, STEM – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 29 Mei – Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi hantaran di laman Facebook berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

“Berhubung Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), Malaysia bersetuju untuk melatih lebih ramai peserta dari Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu turut membincangkan mengenai pelantikan penasihat khas dari Malaysia ke Republik Kyrgyz untuk membantu dalam pembangunan ekonomi negara Asia Tengah itu.

Katanya, dalam hal ini, beliau memaklumkan beberapa calon berpotensi sudah dikenal pasti dan sedang dalam proses disenarai pendek oleh Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, Muratbek turut menyampaikan surat dan cenderahati daripada Presiden Republik Kyrgyz dan Ketua Kabinet.

“Saya titipkan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus terjalin lebih erat pada masa akan datang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Penasihat Dasar Luar kepada Presiden Republik Kyrgyz, Muratbek Azymbakiev, di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Semasa lawatan Perdana Menteri ke negara itu baru-baru ini, rakan sejawatnya, Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.

Anwar baru-baru ini mengadakan lawatan kerja ke tiga buah negara di Asia Tengah termasuk Republik Kyrgyz, Kazakhstan dan Uzbekistan bagi meneroka kerjasama dan peluang baharu bagi manfaat negara-negara Islam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *