Malaysia Komited Pacu Ekonomi ASEAN Demi Masa Depan Serantau – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi lawatan sulung ke Gedung Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JAKARTA, 29 Jul – Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam mempercepat pembangunan ASEAN Power Grid (APG) serta memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (ASEAN Digital Economy Framework Agreement) yang kini menjadi komitmen Malaysia memacu agenda berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri berkata, langkah Malaysia itu bagi menjamin masa depan ekonomi yang terbuka, adil dan lestari untuk 660 juta rakyat di rantau itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi lawatan sulung ke Gedung Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN akan terus bersuara, menjamin kerukunan dan memimpin dengan ketegasan dan tidak sekadar mengikut susun atur order global.

“Kita tahu ke mana arah yang dituju dan Malaysia akan pastikan ASEAN akan lebih tegap dan melangkah sederap demi kestabilan, kemakmuran dan keamanan sejagat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi lawatan sulung ke Gedung Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ketika berada di Gedung Sekretariat ASEAN berpusat di sini, yang merupakan penampilan pertama Anwar selaku Pengerusi ASEAN, beliau berkata, antara lain kehadirannya bagi menggariskan serta menonjolkan lambang komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap cita dan semangat ASEAN yang kental dan luhur.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia muncul memimpin usaha mendamaikan Kemboja dan Thailand, yakni dua negara tetangga yang hampir terseret ke kancah konflik yang lebih dahsyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi lawatan sulung ke Gedung Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dengan penglibatan aktif China dan Amerika Syarikat, kita berjaya capai persetujuan gencatan senjata serta merta tanpa syarat. Ini bukti betapa diplomasi mesti memayungi usaha kita menjelmakan keamanan dan kepimpinan yang tegas,” tambahnya.

Menurut Anwar, dunia kini dirundung ketegangan kuasa besar, perlumbaan geo-ekonomi yang melelahkan dan keruntuhan multilateralisme.
Justeru dalam keadaan lanskap sedemikian, ASEAN tidak boleh melemah, berpecah dan jauh sekali ketinggalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi lawatan sulung ke Gedung Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita mesti bersatu, perkukuh peranan ASEAN dan memastikan suara rantau ini terus dihormati,” tegas Anwar.

Anwar berada di sini bagi menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia bersama Presiden Prabowo Subianto dan dijemput menyampaikan ucaptama oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *