Malaysia, Kemboja Setuju Bentuk Jawatankuasa Perdagangan Bersama – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet selepas sidang media bersama di Perdana Putra, Putrajaya. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 27 FebMalaysia dan Kemboja bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) tahun ini untuk meneroka potensi perdagangan, pelaburan dan pelancongan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata menerusi mekanisme perdagangan baharu ini, kedua-dua negara akan menimbang kerjasama antara Jabatan Kastam untuk memudahkan pergerakan barangan.

“Kita mempunyai potensi besar dari segi meningkatkan kuantiti perdagangan minyak sawit, beras putih dan kementerian perdagangan kedua-dua negara akan menggunakan platform JTC untuk menangani cabaran ini dan mencari penyelesaian perdagangan dan pelancongan.

“Pelaburan sudah ada tetapi kita perlu menjangkakan lebih banyak pelaburan ke Kemboja dan dari Kemboja ke Malaysia,” kata Perdana Menteri semasa sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Manet selepas sidang media bersama di Perdana Putra, Putrajaya. Foto Bernama

Sementara itu Anwar berkata nilai pelaburan syarikat Malaysia yang melabur di Kemboja melepasi US$3 bilion setakat ini.

“Sudah tentunya, ini merupakan peluang yang amat besar dan Perdana Menteri Hun Manet memberi jaminan akan memberi perhatian dan sokongan seboleh mungkin,” kata beliau.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *