Malaysia Kecam Serangan Bom Ke Atas Iran – PM Anwar

Kenyataan media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk serangan bom ke atas rakyat Iran di Wilayah Kerman pada Rabu. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 JanMalaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman, Iran semalam.

“Ia merenggut lebih seratus nyawa tidak berdosa dan mencederakan lebih dua ratus yang lain.

“Sehubungan itu, Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Kenyataan media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk serangan bom ke atas rakyat Iran di Wilayah Kerman pada Rabu. Foto X Anwar Ibrahim

Katanya, Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran dan warganya, di samping turut berasa dukacita dan bersolidariti.

Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.

Perdana Menteri berkata, sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari lalu.

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” katanya.

Terdahulu media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 100 mangsa terkorban dalam insiden berdarah yang menyebabkan kemarahan Iran.

Difahamkan serangan pertama dilakukan jam 3 waktu tempatan berhampiran masjid tersebut manakala serangan kedua berlaku 15 minit kemudian kira-kira satu kilometer dari masjid itu.

Letupan berlaku pada satu majlis semalam, bagi memperingati komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) pada 2020 di Iran, menurut pihak berkuasa Iran.

Mereka mendakwa ia tindakan ‘pengganas’, namun perincian pihak mana bertanggungjawab tidak dinyatakan.

Televisyen Iran melaporkan letupan pertama, diikuti yang kedua selepas 20 minit, berlaku ketika acara ulang tahun keempat itu berlangsung di tanah perkuburan tempat Soleimani dikebumikan


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *