Malaysia Giat Teroka Pasaran Semikonduktor Baharu, Pelbagaikan Penembusan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ dan berdialog dengan mahasiswa di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TIANJIN, 1 Sep – Susulan pengenalan tarif timbal balas oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal bulan lalu, Malaysia sedang meneroka pasaran baharu industri semikonduktor sebagai sebahagian usaha mempelbagaikan penembusan pasaran baharu dan bukan tradisional, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, China telah mencapai kemajuan luar biasa dalam bidang itu dan Malaysia berhasrat untuk belajar serta meneroka potensi kerjasama dengan rakan setaranya di China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ dan berdialog dengan mahasiswa di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia bertuah kerana menjadi hab semikonduktor di Asia Tenggara… dengan lebih 60 peratus produk elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor kami dieksport ke Amerika Syarikat (AS).

“Jadi, keputusannya ialah meneruskan usaha itu tetapi pada masa sama akan mencari pasaran baharu, dan kami sedang bekerjasama dengan syarikat China serta Jepun,” katanya pada sesi soal jawab pada syarahan umum di Universiti Tianjin di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku pelawat universiti sebelum menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ dan berdialog dengan mahasiswa di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam sesi soal jawab yang dihadiri 500 peserta itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, menekankan kepentingan memupuk bakat baharu dalam bidang itu, sebagai contoh membabitkan teknologi terkini yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, terdapat peluang besar memandangkan China telah ‘membuka pintunya’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemberian cenderahati kepada Dr. Wan Azizah selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ dan berdialog dengan mahasiswa di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, komponen latihan juga sama penting di samping jalinan kerjasama.

“Malah esok, saya akan bertemu semua peserta industri semikonduktor yang berpangkalan di China untuk berbincang dan merangka formula. Kita perlu menerokai peluang ini dan berusaha bersama-sama,” katanya.

Sebahagian mahasiswa mendengar syarahan umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ dan berdialog dengan mahasiswa di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China pada 1 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja empat hari di China, yang merupakan lawatan keempat beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada 24 November 2022.

Anwar berada di sini atas jemputan Presiden Xi Jinping bagi menghadiri sambutan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diasaskan sejak 2001.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *