Majukan Malaysia Tanpa Hilang Jati Diri Bangsa Melayu – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

SUNGAI PETANI, 25 Jan – Kerajaan MADANI akan terus memacu negara sebagai sebuah negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tanpa mengabaikan jati diri bangsa Melayu, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menjelaskan, kemajuan pesat negara dalam bidang teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menyebabkan rakyat melupakan sejarah, budaya dan nilai peradaban yang menjadi asas pembentukan negara sejak sekian lama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Kita akan terus bekerja memastikan Malaysia muncul sebagai negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tetapi kita juga mahu negara ini berakar ke bumi.

“Orang Melayu tidak hilang jati diri, mengangkat martabat dan darjat bangsa. Menimba ilmu yang baharu, tetapi masih berakar kepada sejarah bangsa termasuk seni silat yang anak-anak baru perkasakan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulas perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara 2026 di sini pada Sabtu yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas lanjut, Anwar mahu pendekar MADANI yang ingin dilahirkan bukan sahaja perlu mahir dalam seni persilatan, malah cemerlang dalam bidang akademik dan berilmu pengetahuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Pendekar MADANI mesti juga pintar di sekolah dan berilmu serta menunjukkan keputusan yang cemerlang. Mudah-mudahan anak-anak faham bahawa dunia berubah dan mesti ada kekuatan ilmu, mesti ada kefahaman tentang teknologi.

“Kita mesti tahu semua itu tetapi apa bezanya? Kita berakar kepada bumi kita, tidak hilang budaya Melayu kita, tidak lupa jati diri dan sejarah bangsa serta liku-liku perjuangan dalam mencapai kemerdekaan,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar juga menambah, seni persilatan bukan sahaja dapat melahirkan pendekar yang tangkas, malah membentuk keperibadian, disiplin dan akhlak yang tinggi.

“Kekuatan berasaskan keyakinan kita tetapi mesti terpancar lahir daripada akhlak yang baik, bukan angkuh, bukan sombong dan bukan dengan ada sedikit latihan menunjukkan keangkuhan kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar MADANI Zon Utara dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr Raja Abdul Majid di Sungai Petani pada 24 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Lagi hebat latihannya dan lagi gagah perkasa dirinya, lebih hormat dan memuliakan orang lain, rendah diri dan lagi tawaduk,” tambahnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *