Mahkamah Tolak Permohonan Najib Hadir Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen (yang kini sudah dibubarkan).
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk memulakan semakan kehakiman.
Sebelum ini semasa mendengar perkara itu, pasukan peguam Jabatan Peguam Negara (AGC) secara lisan berhujah bahawa tindakan undang-undang itu bersifat akademik kerana Dewan Rakyat dibubarkan pada 10 Oktober lepas.
Ketika membaca penghakimannya, hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata ia adalah kerana isu permohonan pelepasan Najib bukan lagi isu langsung.
