Mahkamah Arah 33 Artikel Dalam Telegram ‘Edisi Siasat’, ‘Edisi Khas’ Dipadam

Mahkamah membenarkan perintah bagi menghalang kesemua defendan atau ejen, pekerja dan sekutu mereka daripada terus menulis, menyebar atau menerbitkan semula 33 artikel terbabit.

KUALA LUMPUR, 11 Sep – Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan injunksi larangan bagi menghalang Telegram daripada menyebarkan kandungan berbahaya yang didakwa menjejaskan institusi awam serta mengancam ketenteraman masyarakat.

Hakim Mahazan Mat Taib mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui prosiding yang dijalankan dalam kamar.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili MCMC selaku plaintif memberitahu media, mahkamah membenarkan perintah bagi menghalang kesemua defendan atau ejen, pekerja dan sekutu mereka daripada terus menulis, menyebar atau menerbitkan semula 33 artikel terbabit.

MCMC memohon perisytiharan bahawa defendan pertama dan kedua telah membenarkan dan memudahkan serta merestui penggunaan saluran itu untuk menerbit dan mengedarkan kandungan memudaratkan.

Nair berkata, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihaknya bagi perintah injunksi mandatori bagi mengarahkan kesemua defendan dengan serta- merta memadamkan semua kandungan palsu, mengancam dan jelik, yang dirujuk sebagai kandungan memudaratkan daripada saluran berkenaan.

Katanya, pihaknya juga tidak berjaya mendapatkan injunksi mandatori bagi mengarahkan Telegram menutup saluran terbabit dan mana-mana saluran baharu yang sama.

Menurut Nair, mahkamah kemudian menetapkan pada 24 September ini bagi pengurusan kes.

MCMC melalui kenyataan media, berkata ia telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas.

Dalam writ saman difailkan pada 1 Mei lalu, MCMC memohon perisytiharan bahawa defendan pertama dan kedua telah membenarkan dan memudahkan serta merestui penggunaan saluran itu untuk menerbit dan mengedarkan kandungan memudaratkan terhadap pihak terkilan di negara ini.

MCMC juga memohon perisytiharan bahawa Telegram membantu, bersubahat, memudahkan dan menyumbang kepada penerbitan dan pengedaran kandungan berkenaan oleh kedua-dua pentadbir terbabit.

Ia dengan tidak memadamkan saluran berkenaan apabila diarahkan secara statutori, dan turut memohon perisytiharan bahawa Telegram telah melanggar peruntukan Seksyen 73(1)(a) dan Seksyen 263(2) Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan daripada dua saluran di platform Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas pada 19 Jun 2025. Foto MCMC

Pada Jun lalu, MCMC melalui kenyataan media, berkata ia telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas.

MCMC berkata, tindakan itu adalah yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].

Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh suruhanjaya itu.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi untuk menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan daripada dua saluran di platform Telegram Edisi Siasat dan Edisi Khas pada 19 Jun 2025. Foto MCMC

Kedua-dua saluran berkenaan dikenal pasti menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah AKM 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *