MAHEF 2025: Pendidikan Pelaburan Masa Depan, Bukan Sekadar Komersial – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025) di Nairobi, Kenya pada 24 November 2025. Foto PMO

NAIROBI, 24 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor pendidikan dilihat bukan sekadar urusan komersial, tetapi satu pelaburan penting untuk membentuk insan berakhlak tinggi serta menanam nilai dan kepekaan jiwa yang mendalam.

Perdana Menteri, menekankan bahawa pengukuhan kerjasama dalam bidang pendidikan, inovasi, dan kecerdasan buatan (AI) amat penting supaya generasi muda di Afrika dan Asia bersedia menghadapi cabaran masa depan serta mencipta peluang bermakna.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025) di Nairobi, Kenya pada 24 November 2025. Foto PMO

“Kita sepakat bahawa pendidikan tidak semata-mata transaksi komersial tetapi merupakan pelaburan dalam aspek moral untuk membentuk insan yang berakhlak dan mempunyai jiwa serta nilai yang mendalam.

“Dalam dunia yang sentiasa bergerak laju, kerjasama dalam bidang pendidikan, inovasi, serta AI mesti diperkasa agar generasi muda Afrika dan Asia mampu menongkah arus dan mencipta masa depan yang bermakna,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025) di Nairobi, Kenya pada 24 November 2025. Foto PMO

Anwar menegaskan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial sempena Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025).

Beliau juga menegaskan, Malaysia dan Afrika berkongsi sejarah perjuangan melawan penjajahan, kecekalan dan keyakinan bahawa pendidikan adalah wahana mencapai keadilan, maruah insan dan kemajuan bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025) di Nairobi, Kenya pada 24 November 2025. Foto PMO

Anwar turut memaklumkan, Malaysia berikrar tegas memperkukuh pertukaran kemahiran dan bakat, kerjasama antara universiti dan akses pendidikan yang adil.

“Bersama rakan-rakan dari Kenya dan seluruh benua Afrika, kita teguh di jalur ini dalam membina masa depan yang teguh, inklusif dan berteraskan kecintaan kepada ilmu pengetahuan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Afrika 2025 (MAHEF 2025) di Nairobi, Kenya pada 24 November 2025. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *