MA63: AMK Sabah Dakwa Diserang ‘Laskar Siber’ Warisan

Pengarah Komunikasi AMK Sabah, Fekirie Gobet mendakwa ‘laskar siber’ Warisan menyerang KEADILAN dengan menimbulkan isu MA63 selepas Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah pada 4 Ogos lalu.

KOTA KINABALU, 10 Ogos – Parti Warisan dilihat seperti ‘gunting dalam lipatan’ walaupun yang tinggal itu hanya beberapa kerat sahaja, dakwa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah.

Selepas Himpunan Perdana Rakyat KEADILAN Sabah pada 4 Ogos lalu, KEADILAN Sabah dilaporkan menerima serangan dipercayai daripada laskar siber parti itu dan media yang didakwa ditaja oleh seorang pemimpin parti itu.

Menurut Pengarah Komunikasi AMK Sabah, Fekirie Gobet ketika dihubungi berkata, mereka menyedari sumber serangan tersebut, termasuk kenyataan yang disebarkan oleh sebuah saluran media tempatan.

Antara inti pati kenyataan media Pengarah Komunikasi AMK Sabah yang disiarkan di Facebook pada 8 Ogos lalu. Foto Facebook Suara Kami

“Serangan ini tertuju kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden KEADILAN.

“Saya berpendapat mereka takut dengan kebangkitan KEADILAN di Sabah.

“Isu MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) sebenarnya hampir diselesaikan. Sebahagian sudah diselesaikan dan hanya sebahagian lagi masih dibincangkan, termasuk isu 40% hasil yang harus dikembalikan,” jelasnya.

Ujar beliau, bagi pejuang MA63, ia bukan sekadar isu 40%. Ada banyak isu lain di dalamnya.

Warisan sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan boleh sahaja datang dan bertanya atau memberi pandangan tentang isu ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim namun mereka memilih untuk menunggang isu ini berbanding menyelesaikan permasalahan.

Sebaliknya parti itu tidak berupaya bertanya hal demikian tetapi memilih untuk mempolitikkkan isu berkenaan demi kelangsungan politik mereka yang dilihat semakin ditolak di negeri ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *