Liverpool Julang Piala Liga

Pemain Liverpool, Virgil van Dijk (kanan) menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea di Stadium Wembley, London. Foto REUTERS
LONDON, 26 Feb – Liverpool menjulang Piala Liga buat kali ke-10 selepas menewaskan Chelsea 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley, di sini sebentar tadi.
Ia juga menjadi gelaran Piala Liga yang kedua disumbang pengendali The Reds, Jurgen Klopp selepas musim 2021-22.
Chelsea memperoleh gol pembukaan pada minit ke-32 sebelum jaringan yang diledak Raheem Sterling itu dibatalkan pengadil, Chris Kavanagh kerana ofsaid.
Liverpool turut berdepan detik mengecewakan apabila jaringan Virgil van Dijk pada minit ke-60 dibatalkan selepas Kavanagh meneliti video bantuan pengadil (VAR).

Chelsea melepaskan beberapa peluang terbaik pada penghujung perlawanan terutama menerusi Conor Gallagher yang gagal menjelmakan jaringan pada minit ke-86 ketika dia hanya berdepan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.
Malah, ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan berterusan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Ketika pemenang seakan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti, Van Dijk muncul wira Liverpool apabila meledak gol ketika masa tambahan berbaki dua minit, sekali gus menjadi jaringan kemenangan The Reds. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
