Liga Negara-Negara UEFA: Itali, Perancis Diundi Satu Kumpulan

Itali diundi bersama naib juara Piala Dunia 2022, Perancis dalam Liga A. Foto Reuters
PARIS, 9 Feb – Juara Euro 2020, Itali dan naib juara Piala Dunia 2022, Perancis diundi dalam satu kumpulan untuk kejohanan Liga Negara-Negara UEFA.
Itali dan Perancis berada dalam Kumpulan 2 Liga A bersama-sama Belgium serta negara haram Israel.
Jerman dan Hungary, yang berada dalam kumpulan sama di Euro 2024, sekali lagi diundi bersama dalam Kumpulan 3 yang turut dibarisi Belanda serta Bosnia.
Juara edisi lalu, Sepanyol akan bertemu Denmark, Switzerland dan Serbia dalam Kumpulan 4.
Buat pertama kali, peringkat suku akhir Liga Negara-Negara akan diadakan, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan Liga A akan layak.
Dalam Liga B, England dan Ireland diundi bersama di Kumpulan 2 bersama Finland serta Greece. Ini adalah kali pertama England beraksi di Liga B selepas prestasi hambar pada edisi sebelumnya.

Russia tidak dibenarkan menyertai kejohanan kerana serangan ke atas Ukraine.
Liga Negara-Negara turut menawarkan kelayakan ke Piala Dunia 2026 bagi zon Eropah. Empat pemenang kumpulan terbaik yang tidak berada dalam kelompok dua terbaik kumpulan pusingan kelayakan Piala Dunia akan mara ke peringkat play-off.
Liga A
Kumpulan A1: Croatia, Portugal, Poland, Scotland
Kumpulan A2: Itali, Belgium, Perancis, Israel
Kumpulan A3: Belanda, Hungary, Germany, Bosnia
Kumpulan A4: Sepanyol, Denmark, Switzerland, Serbia
Liga B
Kumpulan B1: Rep Czech, Ukraine, Albania, Georgia
Kumpulan B2: England, Finland, Ireland, Greece
Kumpulan B3: Austria, Norway, Slovenia, Kazakhstan
Kumpulan B4: Wales, Iceland, Montenegro, Turkey
Liga C
Kumpulan C1: Sweden, Azerbaijan, Slovakia, Estonia
Kumpulan C2: Romania, Kosovo, Cyprus, Lithuania/Gibraltar*
Kumpulan C3: Luxembourg, Bulgaria, Ireland Utara, Belarus
Kumpulan C4: Armenia, Faroe Islands, Macedonia Utara, Latvia
Liga D
Kumpulan D1: Lithuania/Gibraltar*, San Marino, Liechtenstein
Kumpulan D2: Moldova, Malta, Andorra
(*Lithuania dan Gibraltar akan mengharungi play-off bulan depan)
– REUTERS
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
